aSyrafi_newZ

Wednesday, February 24, 2010

streamyx malaysia....

Adakah anda mengalami masalah yang sama dengan saya? Saya menggunakan pekej Streamyx 4Mbps dan sehingga sekarang, kelajuan internet saya sama dengan kelajuan dail-up connection. HUH! Memang cukup membengangkan.Asalnya saya guna pekej 1Mbps jer, tapi disebabkan connection slow sangat, saya pun upgrade supaya boleh bekerja lebih pantas.

Tapi, takde beza pun walaupun check kat speedtest.net, hanya dapat dalam 3.5Mbps. Walaupun angka tu nampak tinggi, tapi masih tak banyak beza dengan 1Mbps yang saya gunakan sebelum nie.


Pada Disember 2008, streamyx mengalami gangguan connection kerana masalah kabel bawah laut yang menghubungkan rangkaian Semenanjung Asia - Timur Tengah - Eropah Barat antara Palermo (Selatan Itali) dan Alexandria (Utara Mesir) menghubungkan Malaysia dan Eropah. Tetapi pada Januari 2009, Telekom Malaysia (TM) telah mengumumkan kerja-kerja pembaik pulihan telah berjaya dilakukan sepenuhnya. Walaubagaimanapun, pada Februari 2009, connection internet masih lagi bermasalah dan kerap 'disconnected'. Apa sebenarnya yang berlaku nie?

Yang pastinya, saya amat merasai masalah ini kerana salah satu server yang saya gunakan berlokasi di Eropah, sememangnya hampir mustahil untuk access apa2 data dari server di sana. Terlalu banyak TASK saya tertangguh akibat dari masalah nie. Tak usah cerita lah tentang 'customer service' TMnet tu, diaorang langsung tak tahu apa2. Asyik2 suruh kita check cable la, ape la, setting la, lepas tu sebut instuction macam membaca dalam manual. Mungkin interview untuk jadi staff 'customer service' kena hensem dan cun jer, sore romantis dah boleh start kerja.


Nampaknya tak banyak yang saya boleh buat. Hanya sekarang nie berdoa agar connection kembali pulih. Dah try nak daftar W1MAX, tapi kat area rumah saya langsung takde (dgr cerita laju dari streamyx). Korang takde masalah yang sama ke? Adakah aku seorang di Malaysia nie mengalami masalah nie? Masihkah tidak ada cara alternatif untuk ber'internet dengan laju tanpa sebarang gangguan?

No comments:

Post a Comment

safe surfing.........