aSyrafi_newZ

Wednesday, February 24, 2010

MICHEAL JACKSON

25 Jun yang lalu dunia digemparkan dengan kematian Raja Pop Dunia 'Michael Jackson' atau 'Jacko' atau nama muslim beliau 'Mikhael'. Berita kematian beliau amat menggemparkan kerana ia berlaku secara tiba-tiba setelah beliau mengumumkan akan membuat Konsert terakhir beliau di London baru-baru ini. Nampaknyer hajat tidak kesampaian. Tetapi anda tahu sesuatu yang amat mengejutkan juga berlaku setelah ia diumumkan?

Saya tahu, banyak cerita2 khabar angin yang mengatakan kematian beliau adalah konspirasi dan beliau sebenarnya telah dibunuh. Tetapi saya bukanlah hendak menceritakan tentang perkara tersebut. Apa yang ingin saya ceritakan adalah implikasi kematian beliau terhadap dunia online.


Tahukah anda ramai yang mengaut keuntungan hanya dari berita kematian beliau?

Domain http://www.InMemoryOfMichaelJackson.com/ dilelong dieBay sehingga USD$9,999,999. Fuh.. Jika anda nak lihat auction tersebut KLIK DI SINI. Walaubagaimanapun penjual yang hanya mempunyai 62 ebay feedback tersebut memberitahu ia dibeli oleh sang penipu (joy bidder) dan ia di 'relist' semula sebagai auction dengan harga permulaan USD1,000,000 dan dengan harga BIN hampir USD10,000,000. Bukan hanya domain ini sahaja, banyak lagi domain2 lain yang melibatkan nama Michael Jackson disenaraikan di eBay sehingga hari ini. Report dari GoDaddy menyatakan 3700 domain yang melibatkan nama Michael Jackson telah di 'request' dalam tempoh 24 jam kematian & 6000 permintaan selepas 2 hari.

Sementara itu, ramai juga seller2 eBay yang mempunyai barangan yang telah ditandatangani oleh Michael Jackson dijual dengan harga yang begitu tinggi. Jika anda mempunyai album Jacko berjudul 'Thriller' belum dibuka yang mungkin di simpan di dalam loteng, kotak, atau anda dah tanam, baik anda mula mencari sekarang kerana ia dijual sehingga mencecah harga USD1,200 di eBay. Fuh. Memang Dasyad. Satu lagi barangan yang paling laris di eBay pada ketika ini adalah Jacket Merah era 80an 'Triller' di jual sehingga beratus2 dollar. Cuba anda search di eBay dengan keyword 'Michael Jackson Triller Jacket'. Semua yang dijual bukanlah Jacket yang original tetapi hanyalah replika dan ia dibida sehingga USD600. Jika anda baju jacket merah begitu, boleh la mula menjual sekarang.. huhuhu.Bukan itu sahaja, surat khabar yang menunjukkan berita kematian Michael Jackson juga dilelong di eBay sehingga USD30 dollar senaskah.. Fuh.. Untung la sesiapa yang beli suratkhabar banyak2 hari tu.. hehe.

Tidak lupa juga para pembaca ebook "Panduan & Teknik Rahsia eBay" juga mengambil kesempatan menjual barangan2 yang mempunyai nama Michael Jackson. Melalui research yang saya lakukan, ia hanya laris pada hari pertama & kedua sahaja setelah berita kematian Michael Jackson tersebar. Ada pengguna pembekal rahsia yang berjaya menjual sehingga 200 helai t-shirt dalam 2 hari sahaja. Fullamak.. Kaya beb..

Saya sebenarnya tidak dapat menggambarkan keadaan ini samada ia baik atau tidak.. Apapun, memang agak menghairankan setelah seseorang meninggal dunia, seluruh dunia berebut2 mengaut keuntungan hanya dari kematian beliau. Saya mengaku, saya sendiri pun terlibat menjual barangan Michael Jackson di eBay sekarang. Memang kelakar jika difikirkan dalam2.. Adakah kita perlu beli domain 'inmemoryof' artis2 terkenal lebih awal sebelum mereka mati dan membayar sewa domain tersebut setiap tahun sebagai pelaburan? Adakah apabila mendengar berita kematian seseorang yang popular, kita terus berlari ke hadapan komputer dan menyenaraikan produk2 si mati tu secepat mungkin? Jawapannya ada di dalam diri kita sendiri.

Apapun saya adalah peminat Michael Jackson sejak dari kecil lagi.. Berita kematian beliau sebenarnya sedikit memberi kesan kepada saya kerana saya dibesarkan dengan lagu2 beliau yang popular. Era tahun 83 (triller) tu tahun saya lahir, mungkin ada kimia kot... Walaupun kematian beliau tidak diketahui lagi samada dalam Islam atau tidak, saya mendoakan semoga Allah mencucuri rahmat ke atas jenazahnya dan semoga beliau tergolong dalam orang-orang yang bertaubat dan mati sebagai Islam.. Al-Fatihah...

No comments:

Post a Comment

safe surfing.........