aSyrafi_newZ

Sunday, February 21, 2010

permohonana ke universiti sukan 2010

Kementerian Pelajaran Malaysia menawarkan mereka yang layak untuk memohon kemasukan ke Program Pra-Universiti Sekolah Sukan Malaysia KPM sesi akademik 2010.

Syarat Am
•Calon yang berstatus atlet negara atau berada di dalam Program Majlis Sukan Negara/Negeri sahaja yang layak memohon program ini.
•Telah menduduki peperiksaan SPM dan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.
•Umur tidak melebihi 20 tahun pada tarikh kemasukan.
•Aktif dalam bidang sukan yang diceburi secara berterusan dan diiktiraf Majlis Sukan Negara dan persatuan sukan kebangsaan.
•Lulus temuduga oleh jawatankuasa pemilih (jika perlu).
Syarat Khas
Aliran Sains
1.Sekurang-kurangnya mendapat kepujian dalam mata pelajaran Matematik Moden dan
2.Lulus sekurang-kurangnya 2 mata pelajaran daripada yang berikut :
◦Biologi
◦Fizik
◦Kimia
◦Matematik Tambahan
◦Teknologi Maklumat
◦Perdagangan
◦Ekonomi Asas
◦Prinsip Akaun
◦Bahasa Inggeris
◦Lukisan Kejuruteraan
◦Rekacipta
◦Teknologi Kejuruteraan

Aliran Sastera Ikhtisas
1.Sekurang-kurangnya lulus dalam Matematik Moden dan
2.Lulus 2 mata pelajaran berikut :
◦Perdagangan
◦Ekonomi Asas
◦Prinsip Akaun
◦Bahasa Inggeris
◦Lukisan Kejuruteraan
◦Rekacipta
◦Teknologi Kejuruteraan
◦Sains Tambahan
◦Teknologi Maklumat
◦Biologi
◦Fizik
◦Kimia
Panduan Permohonan
1.Calon perlu mengisi borang permohonan secara online dengan lengkap.
2.Borang tersebut perlu dicetak dan melengkapkan ruangan Ulasan Jurulatih, Ulasan Penolong Kanan Sukan, Perakauan dan Pengesahan secara manual.
3.Borang yang telah lengkap diisi beserta sijil-sijil hendaklah diposkan kepada;
◦Pengarah,
Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum,
Kementerian Pelajaran Malaysia,
Aras 1 dan 7, Blok E13, Parcel E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 Putrajaya
(U.P: UNIT PENGURUSAN SEKOLAH SUKAN)
4.Pemohon digalakkan membuat satu salinan borang yang telah lengkap untuk rujukan sendiri.
5.Walaupun borang telah diposkan pemohon boleh mengemaskini maklumat peribadi anda tanpa had sebelum tarikh tutup permohonan tanpa perlu mengepos borang dan sijil sekali lagi.
Tarikh Tutup
•Permohonan kemasukan ke Program Pra Universiti Sekolah Sukan Malaysia ini ditutup pada 30 April 2010.
•Sebarang permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dilayan.
•Permohonan yang tidak lengkap juga akan ditolak.
Maklumat
•Sila kunjungi laman web Permohonan Ke Program Pra-Universiti Sekolah Sukan Malaysia Sesi 2010 Kementerian Pelajaran untuk mendapat maklumat yang lebih terperinci dan borang permohonan.
•Jika terdapat sebarang pertanyaan berkenaan permohonan kemasukan Program Pra Universiti Sekolah Sukan Malaysia ini sila hubungi Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum KPM;

No comments:

Post a Comment

safe surfing.........